Sunday, 2 September 2012

IKLIM ( GEOGRAFI by MOHD ADI MADDIKA)


Definisi iklim

PREVIEW

Iklim ialah kesemua kejadian cuaca di sesuatu kawasan dalam masa yang panjang. Ahli kaji iklim (ahli sains yang mengkaji iklim) sering memperihalkan iklim dalam sebutan purata bulanan atau tahunan iaitu suhu dan jumlah kerpasan dalam sesuatu kawasan. Kerpasan terdiri daripada hujan, salji, hujan batu dan bentuk-bentuk lembapan lain yang turun ke bumi. Ahli kaji iklim juga memperihalkan perubahan tahunan yang menghasilkan musim basah dan kering yang utama. Lazimnya iklim amat berbeza dengan cuaca. Cuaca ditakrifkan sebagai keadaan atmosfera dalam jangka masa yang pendek. Cuaca mungkin berubah dari hari ke hari, contohnya dalam sehari, cuaca mungkin mendung, basah dan dingin. Pada keesokkan harinya cuaca mungkin cerah, kering dan lebih panas.  Bagi menentukan iklim dalam sesuatu kawasan, ahli sains mengkaji keadaan cuaca harian untuk selama beberapa tahun. Setiap tempat di muka bumi, tidak kira betapa kecil tetap mengalami iklimnya sendiri. Tempat yang terletak berjauhan mungkin mengalami iklim yang yang serupa. Namun begitu, mungkin terdapat perbezaan penting antara iklim sebuah bukit dan lembah yang berhampiran atau iklim sebuah Bandar raya dan desa disekelilingnya.

FULL
IKLIM 

No comments:

Post a Comment